Sunday 19 May 2013

TAHNIAH, HAGETAKA GALLINAZO NAIB JOHAN CUP, ZAMURO NAIB JOHAN PLATE

HAGETAKA telah mula menunjukkan peningkatan permainan yang baik dengan mendapat keputusan yang membanggakan semua pihak termasuk ibubapa serta pentadbiran pasukan dan sekolah. HAGETAKA mempertaruhkan 3 buah pasukan iaitu GALLINAZO, ZAMURO dan CARANCHO yang telah bersaing dalam 3 kumpulan yang berbeza.


GALLINAZO dibarisi pemain yang berpengalaman dan berharga yang terdiri daripada 3 orang pemain tahun 6 iaitu Muhammad Sharul Aiman, Mohamad Amirul Shah dan Muhammad Shoufi, 4 orang tahun 5 iaitu Amzar Shahizan, Muhammad Azly Fahmi, Muhammad Firdaus dan Muhammad Shah Azanie serta seorang pemain tahun 4 iaitu Bishrul Afwi. 


ZAMURO pula dibarisi oleh Muhammad Zulhusni, Muhammad Hafiz, Muhammad Azrye, Muhammad Syafiq, Muhammad Nabil, Muhammad Izzat dan Muhammad Adli (tahun 6), Muhammad Danial Haziq (tahun 5) dan Ahmad Zuhairi (tahun 4).

Pasukan CARANCHO iaitu pasukan ketiga diketuai oleh Muhammad Zulhilmi, Muhammad Arif, Muhammad Nur Fisol (tahun 6), Muhammad Syahmie Aiman, Muhammad Fauzi, Muhammad Alif Fahimi, Muhammad Mifzal Fahmi dan Muhammad Ahkmal (tahun 5).



Jika pada edisi tahun 2012 HAGETAKA telah mendapat JOHAN BOWL, tetapi pada kali ini mereka telah menunjukkan peningkatan dengan GALLINAZO mendapat NAIB JOHAN CUP dan ZAMURO pula mendapat NAIB JOHAN PLATE. Tahniah buat semua pemain yang telah berjuang menentang lawan yang semuanya sangat hebat. Satu perkara lagi yang masih dikekalkan oleh pasukan HAGETAKA dalam kejohanan terbuka UPM ini ialah jumlah try atau jaringan tertinggi dalam sesebuah perlawanan. Jika tahun 2012 mereka telah mendapat jaringan 42 - 0, tetapi kali ini mereka telah mendapat jaringan 57 - 0 ke atas lawan dari pasukan Asia Pacific International School 'WHITE'. Ini menunjukkan mereka sangat berkebolehan untuk menyerang dan melakukan jaringan.

Oleh itu, tahniah sekali lagi kepada semua pemain yang telah bermain untuk HAGETAKA di Kejohanan Terbuka UPM ini. Selepas ini, Kejohanan Johor Mini 7's Rugby Challenge Under 11 akan menyusul pada 22 & 23 JUN 2013. Diharap pasukan bawah 11 tahun akan melakukan persediaan yang rapi bagi menghadapi kejohanan tersebut di mana pada edisi 2012, HAGETAKA juga adalah merupakan pemenang JOHAN BOWL.

Tahniah semua....all the best for HAGETAKA RUGBY ACADEMY...dan yang terakhir, apa komen gambar dibawah...




3 comments:

  1. Salam, boleh saya dapat maklumat tentang Johor Mini Rugby 7's?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Maklumat macam mana tu..? Rasanya lebih baik dapatkan maklumat dari penganjur terus. Cuba cari maklumat mengenai Johor Rugby Carnival atau JRC dari internet. Ada 4 kategori yang dipertandingkan dan salah satunya ialah Johor Mini 7's Rugby Challenge untuk bawah 11 tahun.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. As salam bro...Are your boys playing contact or touch?

    ReplyDelete