Tuesday 18 March 2014

HAGETAKA MUNCUL JOHAN SIRKIT 1 BAWAH 12 TAHUN MSS KEDAH 2014



Pasukan HAGETAKA SKBBSL B 


Pasukan HAGETAKA SKBBSL B telah berjaya menjadi JOHAN dalam Kejohanan Ragbi Bawah 12 Tahun Sirkit 1 MSS Kedah 2014 yang telah diadakan di SK Pokok Sena, Alor Setar pada 8 Mac 2014.

Dua pasukan dari HAGETAKA SKBBSL telah menyertai kejohanan ini dimana HAGETAKA A yang dibarisi oleh pemain pelapis diletakkan di dalam kumpulan A bersama SK Titi Gajah dari Kota Setar, SK Bukit Tinggi dari Kubang Pasu dan SK Junjung dari Kulim. HAGETAKA A ini telah menang ke atas SK Junjung dengan 7 - 0 dan SK Titi Gajah 17 - 5 tetapi tewas kepada SK Bukit Tinggi 0 - 10. Namun begitu, HAGETAKA A telah muncul Johan Kumpulan A dan mara ke Suku Akhir.

Manakala Pasukan HAGETAKA B atau pasukan utama Bawah 12 telah diundi dalam kumpulan B bersama SK Gulau dari Baling Sik, SK Penghulu Hj Darus dari Kubang Pasu dan SK Taman Awana dari Kota Setar. HAGETAKA B akhirnya muncul Naib Johan kumpulan setelah menang ke atas SK Gulau 35 - 7 dan SK Taman Awana 19 - 0 serta tewas tipis kepada SK Penghulu Hj Darus 10 - 12. HAGETAKA B juga telah mara ke Suku Akhir.

Malangnya, di suku akhir, kedua-dua pasukan HAGETAKA A dan HAGETAKA B telah bertemu sesama sendiri dan keputusan memihak kepada HAGETAKA B dengan kemenangan 15 - 0.

Pada saingan separuh akhir, HAGETAKA B telah bertemu dengan pasukan SK Lunas Jaya dari Kulim. Perlawanan berlangsung dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan jaringan tetapi akhirnya HAGETAKA B bernasib baik untuk menang dan mara ke perlawanan Akhir dengan keputusan 15 - 10.

Di perlawanan akhir, HAGETAKA B menentang pasukan sama SK Penghulu Hj Darus dari kumpulan B. Pada perlawanan ini, HAGETAKA B telah menunjukkan peningkatan yang sangat baik apabila berjaya menjinakkan SK Penghulu Hj Darus dengan jaringan 49 - 17. 

Tahniah diucapkan kepada semua pemain HAGETAKA B yang telah muncul JUARA dan HAGETAKA A yang berjaya mara ke Suku Akhir. Ini menunjukkan bahawa HAGETAKA telah menjadi sebuah pasukan yang akan menarik perhatian pasukan lawan samada dari dalam mahupun dari luar negeri Kedah.

Selepas ini, Sirkit Ke-2 akan berlangsung di gelanggang sendiri iaitu SK Bandar Baru Sungai Lalang pada 19 April 2014 dan boleh menjangkakan persaingan yang sengit dari pihak lawan.


Pasukan HAGETAKA SKBBSL A


Semua pemain HAGETAKA SKBBSL bergambar kenangan selepas penyampaian hadiah.


Terima kasih juga kepada pihak pentadbiran SKBBSL yang telah menyediakan jamuan kepada pasukan HAGETAKA B di KFC Bandar Puteri Jaya pada 18 Mac 2014 yang lalu bagi meraikan kejayaan mereka. TAHNIAH HAGETAKA....










Wednesday 12 March 2014

HAGETAKA MUSIM BARU

Pasukan HAGETAKA musim 2014 memasuki fasa baru apabila telah berpindah pusat latihannya ke SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SUNGAI LALANG berikutan berpindahnya jurulatih mereka ke sekolah tersebut.  

Namun demikian, matlamat dan objektif pasukan masih sama dan HAGETAKA telah memulakan latihan mereka seawal minggu kedua bulan Januari yang lalu. Persediaan pasukan kali ini lebih intensif kerana telah memasuki tahun yang lebih mencabar terutama untuk mempertahankan kejuaraan di 4 negeri tahun lalu.

Beberapa pemain baru telah dikenalpasti untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap selain muka lama yang masih kekal bagi mengharungi musim ini. Beberapa siri perlawanan persahabatan telah diatur untuk persediaan kejohanan yang akan disertai.

Adalah menjadi harapan agar HAGETAKA musim baru ini mampu meneruskan dan meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan yang diperolehi musim lalu.