Wednesday 12 March 2014

HAGETAKA MUSIM BARU

Pasukan HAGETAKA musim 2014 memasuki fasa baru apabila telah berpindah pusat latihannya ke SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SUNGAI LALANG berikutan berpindahnya jurulatih mereka ke sekolah tersebut.  

Namun demikian, matlamat dan objektif pasukan masih sama dan HAGETAKA telah memulakan latihan mereka seawal minggu kedua bulan Januari yang lalu. Persediaan pasukan kali ini lebih intensif kerana telah memasuki tahun yang lebih mencabar terutama untuk mempertahankan kejuaraan di 4 negeri tahun lalu.

Beberapa pemain baru telah dikenalpasti untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap selain muka lama yang masih kekal bagi mengharungi musim ini. Beberapa siri perlawanan persahabatan telah diatur untuk persediaan kejohanan yang akan disertai.

Adalah menjadi harapan agar HAGETAKA musim baru ini mampu meneruskan dan meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan yang diperolehi musim lalu.

No comments:

Post a Comment