Saturday 15 June 2013

JOHOR MINI 7's RUGBY CHALLENGE UNDER 11 2013



Salam semua... HAGETAKA kembali dengan berita terkini. Kejohanan yang bakal disertai pada kali ini, amat besar dan lebih mencabar. JOHOR RUGBY CARNIVAL 2013 akan diadakan pada 22 & 23 Jun 2013 di padang Dataran Bandaraya Johor Bahru. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Johor Rugby Union

HAGETAKA akan menyertai kejohanan kali ini dalam kategori JOHOR MINI 7's RUGBY CHALLENGE BAWAH 11 TAHUN. Jika tahun 2012 dijadikan ukuran, HAGETAKA telah muncul JUARA BOWL tetapi pada tahun ini, HAGETAKA mengharapkan pencapaian lebih baik dengan memberikan saingan untuk ke kategori Plate atau Cup.

Pasukan HAGETAKA sedang menghadapi persiapan terkahir dengan beberapa siri latihan bagi memantapkan pasukan serta beberapa penambahbaikan dan penyerapan taktikal yang baru. Selain itu, HAGETAKA mengucapkan berbanyak terima kasih terutama kepada pentadbiran sekolah dan ibubapa yang banyak memberi sumbangan kepada pasukan HAGETAKA. Semoga HAGETAKA terus maju.